Masalah pencemaran sungai semakin serius pada zaman globalisasi ini. Oleh itu, banyak langkah perlu diambil untuk menanganinya.
Pihak kerajaan seyogianya mengenakan denda wang kepada individu yang melakukan kesalahan membuang sampah ke dalam sungai. Wadah ini dapat menjamin kebersihan dan keindahan sungai kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Seterusnya, kesedaran sivik patut dibentuk dalam kalangan rakyat melalui media massa. Tamsilnya, media massa harus menyiarkan berita dan dokumentari tentang kesan pencemaran sungai. Natijahnya, kita dapat menginsafkan masyarakat supaya sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan melalui saluran yang efektif ini.
Sementara itu, pihak kerajaan dan swasta hendaklah sama-sama menganjurkan kempen kebersihan sungai. Masyarakat sakinah akan bekerjasama membersihkan sungai dengan konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Justifikasinya, kempen tersebut harus dijalankan secara agresif dan bukan sekadar suam-suam kuku.
Konklusinya, semua pihak mesti memastikan sungai di negara kita sentiasa bersih dan indah. Dengan ini, saya yakin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah nusa yang bukan hanya indah khabar daripada rupa.